Mammal Species Composition and Activity Patterns Shift While Richness Remains Constant Across Elevational Gradients in Western Sarawak, Borneo

Sally Soo Kaicheen, Jedediah F. Brodie, Jayasilan Mohd-Azlan

Research output: Contribution to journalArticlepeer-review

Abstract

Perubahan pada komposisi dan kepelbagaian spesies dalam konteks kecerunan altitud masih kurang difahami bagi banyak takson tropika. Kajian ini, bertujuan untuk memahami taburan mamalia bersaiz sederhana hingga besar di sepanjang kecerunan altitud di kawasan barat laut Pulau Borneo. Perangkap kamera yang dipasang di 209 stesen dengan menggunakan kaedah pensampelan berstrata merentasi tujuh kategori altitud di enam kawasan terlindung dari tahun 2014 hingga 2017 telah merekodkan 33 spesies mamalia. Bilangan spesies tidak berkait secara signifikan dengan altitud, tetapi komposisinya berubah dengan kesan altitud mengikut takson. Tiada spesies yang direkod di kawasan tanah rendah sahaja, namun kehadiran musang pandan (Paradoxurus hermaphroditus), dua spesies landak (Hystrix crassispinis dan fasciculata) adalah tinggi di altitud rendah. Sebaliknya, kehadiran musang lamri (Paguma larvata), beruk (Macaca nemestrina) dan pulasan tanah (Mustela nudipes) meningkat dengan altitud, manakala musang Hose (Diplogale hosei) dan harimau dahan Sunda (Neofelis diardi) hanya dikesan di kawasan tanah tinggi (> 700 m). Perbezaan aktiviti bagi sesetengah spesies antara hutan altitud rendah dan tinggi adalah kecil. Secara amnya kebanyakan spesies yang di kesan mempunyai julat altitud yang luas. Walau bagaimanapun, perlindungan hutan di sepanjang kecerunan altitud tersebut adalah penting dalam menghadapi perubahan iklim, dimana kesinambungan habitat tersebut adalah perlu sekiranya spesies terpaksa berhijrah dari tanah rendah ke altitud yang lebih tinggi.

Original languageEnglish
Article numbere70087
JournalBiotropica
Volume57
Issue number5
DOIs
StatePublished - Sep 2025

Keywords

  • activity patterns
  • mid-domain effect
  • occupancy
  • range shifts
  • refugia
  • species distributions
  • tropical rainforest

Fingerprint

Dive into the research topics of 'Mammal Species Composition and Activity Patterns Shift While Richness Remains Constant Across Elevational Gradients in Western Sarawak, Borneo'. Together they form a unique fingerprint.

Cite this